Gboard Dikemaksini Dengan Sokongan Google Translate Dan Emoji Terbina

Gboard Dikemaksini Dengan Sokongan Google Translate Dan Emoji Terbina

Diterbitkan pada Mac 13, 2017 oleh .

Papan kekunci Gboard untuk Android dikemaskini hujung minggu lalu untuk membawakan beberapa fungsi baru yang akan memudahkan proses menaip. Kemaskini terbaru ini akhirnya menyokong sistem alih bahasa Google Translate secara terbina. Ini memudahkan proses berurusan dengan individu yang menggunakan bahasa asing.

Gboard juga terus memaparkan emoji berdasarkan apa yang ditaip pada skrin. Sebelum ini pengguna perlu menekan butang emoji dan melakukan carian terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan pada mesej yang ditulis. Kemaskini terbaru ini turut menambah sokongan kepada 36 lagi bahasa.

Pada waktu yang sama Gboard kini menyokong menaip berbilang bahasa tanpa perlu menukarnya terlebih dahulu. Misalnya Ia boleh mengesan anda sedang menaip dalam Bahasa Malaysia ataupun Inggeris dan memberikan saranan ejaan dengan pantas.

Muat turun versi terkini Gboard Dari Google Play


TIPS & ULASAN