Pra-Tempahan Untuk Jam Tangan Garmin Fēnix 5 Dibuka – Harga Bermula RM 2899

Pra-Tempahan Untuk Jam Tangan Garmin Fēnix 5 Dibuka – Harga Bermula RM 2899

Diterbitkan pada Mac 13, 2017 oleh .

Pengesan kesihatan dan sistem GPS keluaran Garmin popular dikalangan mereka yang serius dengan kesihatan. Hari ini pra-tempahan Garmin Fēnix 5, jam tangan pengesan kesihatan dibuka untuk pasaran tempatan. Empat model ditawarkan iaiatu Garmin Fēnix 5, Fēnix 5 Sapphire, Fēnix 5s dan Fēnix 5s Sapphire.

Kesemua model dilengkapi sistem pengimbas nadi Garmin Elevate yang mengambil bacaan nadi berterusan 24/7. Sistem GPS, kompas 3-paksi, giroskop dan altimeter turut disertakan. Bateri Garmin Fēnix 5 mampu bertahan sehingga 2 minggu di dalam mod jam tangan. Di dalam mod GPS pula ia mampu bertahan sehingga 24 jam. Harga jualan keempat-empat model adalah seperti berikut.

  1. Garmin Fēnix 5 – RM 2899
  2. Garmin Fēnix 5 Sapphire,RM 3149
  3. Garmin Fēnix 5s – RM 2899
  4. Garmin Fēnix 5s Sapphire – RM 3149

TIPS & ULASAN