Cari @ Amanz

Kad grafik terbaru daripada NVIDIA, GTX 1080 Ti telah diumumkan beberapa minggu yang lepas di Gamer Developer Conference, dan kini nampaknya perkakasan komputer tersebut sudah boleh didapati di beberapa kedai komputer di Malaysia.

Menurut Lowyat.NET, kad grafik tersebut yang hadir dalam versi Founders Edition berkenaan telah pun mula ditawarkan daripada para penjual tempatan pada harga sekitar RM3699.

Bagi mereka yang berminat, kedai-kedai yang menjual kad-kad grafik yang terbaru ini termasuklah DOTATECH, ETECH PC dan juga Lucro PC. Kad-kad grafik NVIDIA GTX 1080 Ti yang dijual termasuklah dari GIGABYTE, ZOTAC dan juga PALIT. Kesemua kad-kad yang dijual ini semuanya mempunyai tanda harga yang sama, iaitu RM3699.

Tanda harga tersebut lebih kurang sama seperti tanda harga kad grafik NVIDIA GTX 1080 sewaktu ia hadir di pasaran Malaysia. Walaubagaimanapun, disebabkan pengenalan versi baru ini, GTX 1080 sebelum ini telah mengalami penurunan harga, dan salah satunya adalah daripada ZOTAC.

Apa pendapat anda tentang harga kad grafik NVIDIA GTX 1080 Ti ini? Bagi kami, harga jualan pasaran tempatan bagi kad Founders Edition ini agak berbaloi, akan tetapi, ramai semestinya akan menunggu kedatangan kad grafik GTX 1080 Ti dengan penyejuk istimewa seperti yang ditonjolkan oleh ASUS dan MSI.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd