Cari @ Amanz

Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan alternatif kepada WhatsApp, dan mempunyai peminatnya tersendiri. Kini, Telegram yang sedia terkenal dalam penawaran pelbagai ciri-ciri menarik nampaknya sudah dalam persiapan untuk memperkenalkan sokongan panggilan audio mereka tersendiri.

Dinamakan sebagai Telegram Calls, fungsi berkenaan dilihat sudah mula diuji pada versi Telegram Beta terkini.

Telegram Call

Menggunakannya, pengguna dengan mudah boleh membuat panggilan audio kepada rakan-rakan lain, dan bersembang menggunakan akaun Telegram. Seperti biasa, ia bergantung kepada talian internet untuk beroperasi.

Pengguna juga akan dipaparkan dengan notifikasi panggilan terlepas dalam kotak sembang – berbeza dengan WhatsApp yang memaparkannya pada halaman tab tersendiri.

Telegram Call

Buat masa ini, pihak Telegram dilihat lebih kepada sedang mengujinya pada versi Telegram Beta pada server khusus, dan ia mungkin akan diperkenalkan kepada umum mungkin dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd