Cari @ Amanz

Tinggal lagi lima belas hari sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S8 dan S8+ tertiris. Seperti biasa semakin hampir kita ke acara pelancaran, semakin banyak maklumat mula diketahui dan tertiris. Hari ini antaramuka S8 tertiris bersama beberapa rekaan ikon yang baru.

Dengan penggunaan butang navigasi di atas skrin sepenuhnya, ketiga-tiga butang pada peranti ini mempunyai rekaan yang futuristik. Amat berbeza dengan rekaan standard yang digunakan Android Nougat.

Apa yang kami rasakan menarik ialah tiada butang untuk talam aplikasi. Ini besar kemungkinan S8 akan menggunakan sistem yang sama seperti pada Pixel. Pengguna perlu menatal dari bahagian bawah skrin ke atas untuk membuka talam aplikasi. Apa pula pendapat anda tentang rekaan baru antaramuka S8 ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd