Xiaomi Redmi Pro dilancarkan Julai tahun lalu dengan pemproses Helio X25 dan sistem kamera berkembar. Model kemaskini Xiaomi Redmi Pro 2 dikatakan bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini. Oleh itu ura-ura mengenai spesifikasinya sudah mula didengari.
Ia masih mengekalkan saiz skrin 5.5″ dan kerangka logam. Perbezaan terletak pada pengguna pemproses Helio P25 dan kamera berkembar 12+12 Megapixel. Pada Redmi Pro kamera 13+5 Megapixel digunakan. Selain daripada itu RAM sebesar 4/6 Gigabyte dipadankan dengan storn 64/128 Gigabyte.
Harga jualan pula diramalkan bermula dari RMB 1599 (~RM 1028) sebuah. Penggunaan pemproses Helio P25 ini sekiranya benar adalah mengecewakan kerana ia kurang berkuasa berbanding Helio X25 tahun lalu.