Carian
Eye – Kerangka iPhone Dengan Peranti Android Terbina
March 14, 2017 Effi Saharudin

Kereta dengan enjin konvensional dan motor elektrik sudah wujud sejak akhir kurun ke-19. Ia hanya meningkat kepopularannya sekitar tahun 1997 dengan terhasilnya Toyota Prius. Eye ialah kerangka iPhone yang menjadikannya sebuah peranti hibrid kerana mempunyai sebuah peranti Android 7.1 terbina.

Jangan betulkan mata anda. Ini juga bukan typo. Eye memang mempunyai sebuah peranti Android dengan skrin 5.0″ AMOLED HD penuh, diperkasakan pemproses MediaTek Helio P20, RAM sebesar 3 Gigabyte, storan 16 Gigabyte dan bateri sebesar 2800 mAh. Tidak cukup dengan itu ia juga membawakan sokongan NFC,kad MikroSD, pemancar infra merah dan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi.

Kerangka ini boleh dipesan melalui Kickstarter pada harga bermula $95 sebuah. Ia boleh digunakan oleh iPhone 6, 6 Plus, 6S, 6S Plus, 7 dan 7S Plus. Pihak Esti Inc yang membangunkan Eye turut mempunyai perancangan untuk model dengan sistem operasi Ubuntu dan Windows 10 Mobile disamping model dengan bateri 10000 mAh. Ini mungkin kerana paling inovatif pernah kami lihat setakat ini.

Komen