OnePlus 3T telah diumumkan beberapa bulan yang lepas, dan kini set rasmi untuknya telah pun memasuki pasaran Malaysia oleh pihak Brightstar. OnePlus 3T akan berharga RM2229 di Malaysia, salah satu harga yang kompetitif untuk peranti seumpamanya.
OnePlus 3T hadir dengan skrin 5.5-inci dengan skrin paparan HD penuh, memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan 64GB, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 821. Ia menggunakan kamera hadapan dan belakang 16-megapixel, serta bateri berkapasiti 3400mAh.
Di Malaysia, pra-tempahan untuknya telah dimulakan, dan ditawarkan pada harga RM2229.