Menonton TV Dan Bermain Komputer Lebih 3 Jam Meningkatkan Risiko Diabetes Untuk Kanak-Kanak

Menonton TV Dan Bermain Komputer Lebih 3 Jam Meningkatkan Risiko Diabetes Untuk Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Mac 14, 2017 oleh .

Pada hari ini, kanak-kanak terdedah kepada pelbagai peranti pintar yang memberikan pelbagai kesan – sama ada positif atau negatif. Terkini, sebuah kajian baru mendapati kanak-kanak yang menghabiskan masa lebih 3 jam menonton televisyen, menggunakan komputer atau bermain permainan video terdedah kepada risiko diabetes tahap kedua.

Sebelum ini, ia sedia dikaitkan dengan pengguna dewasa dan kini nampaknya ia turut memberikan kesan kepada kanak-kanak. Ia dikatakan menghabiskan masa menonton skrin untuk tempoh lama menambah kesan biologi yang meningkatkan risiko menghidap penyakit diabetes.

Menurut kajian yang diterbitkan, melihat skrin untuk tempoh lama meningkatkan lemak dalam badan, selain turut meningkatkan daya tahan terhadap insulin.

Buat masa ini, kajian ini mempunyai beberapa kekangannya tersendiri, dan dikatakan lebih kepada meningkatkan risiko dan tiada kesan secara langsung buat masa ini. Dan memandangkan kajian ini mengambil masa sekitar 2004-2007, ia tidak diketahui lagi sama ada penggunaan telefon pintar pada hari ini memberikan kesan kepadanya ataupun tidak.

Apa pun, seperti biasa, anda dinasihatkan mengurangkan masa anak anda menghabiskan masa dihadapan skrin, dan lebih mengalakkan mereka menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah dan riadah yang lebih aktif.


TIPS & ULASAN