Cari @ Amanz

Apple telah menawarkan iPhone 6 dengan storan 32GB di China dan Taiwan pada awal bulan ini, dan kini pengedar Apple tempatan turut telah menawarkan produk berkenaan untuk pasaran tempatan pada harga RM1999.

Seperti ramai sedia maklum, iPhone 6 telah dilancarkan sekitar tiga tahun lepas, dimana ia hadir dengan skrin 4.7-inci Retina HD, dilengkapi cip A8, kamera 8-megapixel, serta sokongan Touch ID.

Peranti yang ditawarkan ini hadir dengan iOS 10 terbina padanya, selain sokongan iCloud seperti biasa.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan peranti iPhone, mungkin boleh menyemaknya sebagai alternatif lain kepada iPhone SE. Atau mungkin juga boleh nantikan sekitar bulan September kelak untuk melihat apakah kejutan Apple bersempena ulang-tahun ke-10 iPhone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd