Cari @ Amanz

Grab, salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda membuat tempahan pengangkutan ke destinasi, hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka memperluaskan penawaran ke empat lagi bandar baru sekitar Malaysia, iaitu Ipoh, Kuantan, Kuching dan juga Seremban.

Dengan pengenalan di bandar baru ini, ia membuatkan Grab kini ditawarkan di lebih kurang enam bandar sekitar Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Kota Kinabalu.

Langkah pihak Grab ini mungkin untuk menyaingi Uber yang lebih pantas memperluaskan perkhidmatan mereka di pasaran tempatan.

Bagi anda yang berada di Ipoh, Kuantan, Kuching dan Seremban, anda sudah boleh memuat-turun aplikasi Grab hari ini, dan menggunakannya dalam membuat tempahan GrabCar melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd