(Ura-Ura) StarCraft : Remastered Dijangka Hadir Pada Tahun Ini

(Ura-Ura) StarCraft : Remastered Dijangka Hadir Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 15, 2017 oleh .

StarCraft versi awal merupakan salah satu permainan yang mempunyai peminatnya tersendiri, malah menawarkan permainan berbentuk strategi yang menarik sekali. Kini, desas-desus baru hadir mengatakan Blizzard mungkin akan menerbitkan kembali versi kemaskini untuk permainan asal berkenaan pada tahun ini.

Laporan baru ini hadir daripada Korea Selatan, mengatakan permainan StarCraft : Remastered mungkin akan hadir sekitar Mei atau Jun kelak.

Versi kemaskini ini dijangka mengekalkan bentuk permainan yang lebih kurang sama seperti permainan asal, tetapi dengan sokongan grafik HD, dan juga integrasi Battle.net. Ia juga mungkin akan lebih dioptimasikan untuk penggunaan e-sukan yang semakin popular akhir-akhir ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pihak Blizzard mengumumkan perkara ini secara rasminya sebelum membuat sebarang spekulasi lanjut.


TIPS & ULASAN