Visa Menguji Kaca Mata NFC Yang Turut Boleh Melakukan Pembayaran

Visa Menguji Kaca Mata NFC Yang Turut Boleh Melakukan Pembayaran

Diterbitkan pada Mac 15, 2017 oleh .

Visa merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena pembayaran. Kebanyakkan bank tempatan menawarkan kad kredit atau debit Visa untuk tujuan pembayaran sama ada secara fizikal atau melalui web.

Dengan perkembangan dunia teknologi, pihak Visa sendiri tidak ingin ketinggalan dan memperlihatkan beberapa perkara baru. Pada tahun lepas, mereka telah memperlihatkan cincin pintar untuk melakukan pembayaran, dan pada tahun ini Visa memperlihatkan kaca mata pintar yang boleh melakukan pembayaran.

Kaca mata ini dijayakan dengan integrasi NFC padanya, yang dipautkan kepada akaun Visa pengguna. Ini membolehkan pengguna membuat pembayaran menggunakan kaca mata mereka, tanpa perlu mengeluarkan kad debit atau kredit.

Seperti biasa, kaca mata ini sekadar ujian sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui lagi sama ada pihak Visa akan komersialkannya ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN