Infinix HOT 4 Pro Dilancarkan – Dengan Bateri Bertahan Dua Hari

Infinix HOT 4 Pro Dilancarkan – Dengan Bateri Bertahan Dua Hari

Diterbitkan pada Mac 15, 2017 oleh .

Satu lagi peranti yang diumumkan Infinix selain dari Zero 4 & Zero 4 Plus yang menyertakan cip pemprosesan 10-teras, ialah Infinix HOT 4 Pro. Model ini memberikan fokus terhadap penggunaan multimedia dan waktu bateri bertahan yang lama, sehingga 48 jam.

Infinix HOT 4 Pro yang beroperasi menggunakan Android Marshmallow ini mempunyai bateri berkapasiti 4,000 mAh dengan paparan sebesar 5.5-inci 720p. Ia dikuasakan menggunakan cip pemprosesan 1.3 GHz empat-teras dengan 2GB RAM. Bagi storan dalaman, tersedia kapasiti 16GB dengan storan tambahan menerusi slot kad Mikro-SD yang boleh digunakan sehingga 128GB.

Telefon pintar ini mempunyai kamera utama sebesar 13MP dan kamera hadapan 5MP. Satu lagi ciri yang terdapat padanya adalah pengimbas cap jari dan dua pembesar suara berteknologi Dirac Stereo Widening. Dengan teknologi audio ini, pengguna dapat mendengar kualiti audio stereo 3D yang lebih kuat dan jelas.

Infinix HOT 4 Pro yang turut menyokong penggunaan dwi-SIM ini akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna pada harga RM 599. Ia boleh dibeli menerusi Lazada dan juga kedai pengedar sah Infinix.


TIPS & ULASAN