(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Dilengkapi Fungsi Skrin Seakan 3D Touch

(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Dilengkapi Fungsi Skrin Seakan 3D Touch

Diterbitkan pada Mac 15, 2017 oleh .

Samsung Galaxy S8 berbeza berbanding peranti Galaxy S yang hadir sebelumnya kerana tidak lagi mempunyai butang navigasi fizikal. Ketiga-tiga butang digantikan dengan butang atas skrin dengan kemampuan disusun mengikut keperluan pengguna. Ura-Ura terkini dari Korea mengatakan S8 mungkin mempunyai skrin dengan fungsi skrin seakan 3D Touch iPhone.

Walaubagaimanapun hanya bahagian bawah skrin akan menyokong fungsi ini tidak seperti pada iPhone. Fungsi 3D Touch ini dikatakan akan membolehkan pengguna melakukan pelbagai aksi tambahan berbanding hanya tiga butang navigasi menu, home dan multitasking. Sekiranya ini menjadi kenyataan ia sebenarnya tidak mengejutkan. Pelancar terbaru Samsung pada S7, dan Galaxy A mempunyai fungsi mempamerkan pilihan tambahan apabila ikon ditekan dengan kuat.


TIPS & ULASAN