Nintendo Menerbitkan Dokumentari Ringkas Mengenai Zelda : Breath of the Wild

Nintendo Menerbitkan Dokumentari Ringkas Mengenai Zelda : Breath of the Wild

Diterbitkan pada Mac 15, 2017 oleh .

Zelda merupakan salah satu permainan popular daripada Nintendo, dan hari ini pihak Nintendo telah menerbitkan dokumentari disebalik pembangunan permainan Zelda : Breath of the Wild.

Zelda : Breath of the Wild merupakan permainan yang telah diterbitkan oleh Nintendo baru-baru ini khusus untuk Nintendo Switch dan juga Wii U. Ia merupakan permainan ke-19 dibawah siri permainan Zelda. Impak jenama Zelda sendiri boleh dikatakan agak besar dimana ada peminatnya yang mendapatkan konsol keluaran Nintendo ini semata-mata untuk memainkan permainan berkenaan.

Melalui siri dokumentari ini, Nintendo berkongsi pembangunan dan pelbagai proses yang dilalui dalam pembangunan permainan berkenaan. Ia dipecahkan kepada tiga bahagian, dimana setiap satunya adalah sekitar 10 minit.

Bagi anda yang meminati dunia permainan video, terutamanya Zelda, semestinya siri dokumentari ini adalah sesuatu yang tidak ingin anda lepaskan.


TIPS & ULASAN