Cari @ Amanz

HTC Taiwan hari ini melalui laman Facebook mereka telah hadir dengan sebuah teaser, mengatakan mereka bakal berkongsi mengenai sesuatu yang “tidak dijangka” pada minggu hadapan, 20 Mac 2017.

HTC menggunakan slogan “Spring is Coming” untuk perkara berkenaan. Seperti biasa, pelbagai spekulasi yang hadir mengenai perkara ini.

HTC Kejutan 20 Mac

Mungkinkah kita akan melihat telefon pintar baru diumumkan oleh HTC beberapa hari sebelum pengumuman rasmi Samsung Galaxy S8, ataupun adakah sekadar kita akan melihat pengumuman peranti HTC U dibawah pilihan warna baru? Ia juga menjadi tanda tanya sama ada pengumuman ini adalah terhad untuk pasaran Taiwan sahaja, ataupun turut untuk pasaran global.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 20 Mac 2017 untuk melihat kejutan daripada pihak HTC.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd