AMD Akan Melancarkan Cip Pemprosesan Ryzen 5 Pada 11 April
AMD

AMD Akan Melancarkan Cip Pemprosesan Ryzen 5 Pada 11 April

Diterbitkan pada Mac 16, 2017 oleh .

Awal bulan ini, AMD telah melancarkan siri cip pemprosesan AMD Ryzen 7 untuk pasaran tempatan, yang terdiri daripada R7 1800X, 1700X dan 1700. Dengan prestasi dan harganya, kesemua CPU ini telah mendapat ulasan yang agak memberangsangkan daripada ramai pihak media teknologi.

AMD Ryzen 5

Terkini, nampaknya tarikh pelancaran siri CPU kelas pertengahan mereka, AMD Ryzen 5 sudah pun dikongsikan oleh pihak AMD. Jika siri Ryzen 7 keluar untuk menandingi CPU Intel di pasaran pemprosesan premium, siri Ryzen 5 pula dikatakan akan bertanding dengan CPU kelas pertengahan Intel, termasuklah cip pemprosesan Core i3 dan Core i5.

Siri CPU Ryzen 5 yang bakal dilancarkan kelak adalah termasuk R5 1600X, 1600, 1500X dan juga 1400. CPU R5 1600X dan 1600 mempunyai 6 teras dan 12 bebenang, manakala CPU R5 1500X dan 1400 mempunyai 4 teras dan 8 bebenang.

Harga untuk setiap CPU ini juga telah tertiris, dengan R5 1600X hadir dengan tanda harga USD$249 (~RM1104), 1699 pada USD$219 (~RM971), 1500X pada USD$189 (~RM840) dan 1400 pada harga USD$169 (RM751).

AMD bakal melancarkannya dan menjual pada peringkat global bermula 11 April kelak. Kita mungkin akan mendengar mengenai harga jualan rasmi untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN