Cari @ Amanz

Maybank pada awal minggu ini telah berkongsi mereka bakal hadir dengan aplikasi baru, dan kini ia telah pun diterbitkan pada Google Play Store dan Apple AppStore, membolehkan semua pelanggan Maybank memuat-turun dan menggunakannya.

Untuk makluman, aplikasi ini adalah berbeza dengan aplikasi MyMaybank sedia ada, dan pada masa yang sama menawarkan ciri-ciri dan antaramuka yang lebih baik.

Maybank

Maybank

Aplikasi Maybank hadir dengan antaramuka yang lebih kemas berbanding aplikasi semasa, selain mana ia menawarkan ciri-ciri tambahan melaluinya. Antaranya adalah termasuk sokongan log masuk menggunakan pengimbas cap jari, kebolehan membuat pemindahan duit ke bank lain terus melalui aplikasi, selain menyemak pelbagai bayaran dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan akaun Maybank, anda boleh memuat-turun dan menggunakan aplikasi ini hari ini pada peranti mudah-alih anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd