Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah mula menjual telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi Note 4. Seperti biasa, ia merupakan kemaskini kepada Redmi Note 3 sebelum ini, hadir dengan beberapa elemen rekaan yang lebih kurang sama tetapi dengan penambah-baikkan pada spesifikasi.

Redmi Note 4 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 625 yang menggunakan rekaan cip 14nm – sekaligus menawarkan pemprosesan baik dan penggunaan tenaga lebih efisyen. Melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti 4100mAh yang menawarkan masa penggunaan sehingga hampir 2 hari.

Redmi Note 4

Redmi Note 4 turut menyertakan kamera 13-megapixel di belakang dan 5-megapixel di hadapan. Peranti berskrin 5.5-inci ini turut menggunakan pengecasan berasaskan mikro-USB, selain hadir dengan rekaan 2.5D.

Di Malaysia, Redmi Note 4 dengan 3GB RAM dan 32GB storan telah mula dijual pada harga RM799 bermula hari ini. Xiaomi turut berkongsi mengatakan versi 4GB RAM dengan storan 64GB akan mula dijual tidak lama lagi.

Redmi Note 4

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd