Pengeluaran Peranti Mewah Solarin Dengan Harga Mencecah RM 57000 Dihentikan

Pengeluaran Peranti Mewah Solarin Dengan Harga Mencecah RM 57000 Dihentikan

Diterbitkan pada Mac 16, 2017 oleh .

Jun tahun lalu peranti mewah Solarin dilancarkan. Peranti ini disertakan dengan sistem penyulitan 256 bit bertaraf tentera bagi memastikan tahap sekuriti tertinggi. Ia dijual pada harga £9500 (~RM 57090) sebuah. Pengeluaran peranti ini  telah dihentikan menurut laporan Business Insider.

Pada waktu yang sama 30 orang kakitangan Sirin Lan dihentikan kerja. Pihak mereka walaubagaimanapun akan terus memberikan sokongan kepada pelanggan yang telahpun memiliki peranti mewah ini.

Harga jualan Solarin adalah agak melampau bagi sebuah peranti dengan  skrin 5.5″ IPS LCD WQHD, pemproses Snapdragon 810, RAM 4 GB, storan 128 GB, kamera utama 24 Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8 Megapixel f/2.4. Paling mengejutkan ketika dilancarkan ia masih menggunakan Android 5.1


TIPS & ULASAN