“Fon Tengkuk” LG Tone Studio Mula Dijual
LG

“Fon Tengkuk” LG Tone Studio Mula Dijual

Diterbitkan pada Mac 16, 2017 oleh .

Di CES LG memperlihatkan evolusi fon kepala mereka yang terkini iaitu LG Tone Studio. “Fon tengkuk” yang disangkut pada leher ini membolehkan pemakai mendengar muzik menerusi empat pembesar suara pada Tone Studio. Ia mula dijual bermula minggu ini di Timur Tengah sebelum ke pasaran Amerika Syarikat, Asia, Amerika Latin dan Eropah.

Keunikan LG Tone Studio ialah ia menyokong audio tiga dimensi dengan  sistem DTS. Terdapat sebuah Hi-Fi DAC terbina bagi memastikan kualiti audio yang terbaik. Terdapat sepasang fon telinga terbina sekiranya pengguna tidak mahu mengganggu orang ramai ketika Tone Studio digunakan di tempat awam.

Mengapakah fon leher ini dihasilkan? Ini pastinya soalan yang ramai ingin mengetahui jawapannya. Menurut LG terdapat pasaran untuk sistem audio yang membenarkan pemakai masih mendengar bunyi dari sumber luar seperti ketika mengayuh basikal dan memasak di dapur. Pemakai tidak mahu terlibat dengan kemalangan kerana gagal mendengar hon atau tidak mendengar penggera asap sekiranya berlaku kebakaran di dapur. Harga jualan LG Tone Studio adalah $299.99 (~RM 1331) sebuah.


TIPS & ULASAN