Cari @ Amanz

Selepas melancarkan radio dua hala dua minggu yang lalu, Xiaomi kini menghasilkan set alat senaman pintar Move It di China. Ia terdiri daripada tali skipping, pemberat, roda abdomen dan beberapa alatan senaman lain. Kesemua komponen ini boleh digabungkan dan ditanggalkan bagi menghasilkan alat senaman berbeza.

Terdapat pelbagai sensor yang mengesan pergerakan pengguna yang berhubung kepada peranti Android dan iOS secara Bluetooth. Data yang dikumpul kemudian disimpan di aplikasi khas. Aplikasi turut mempunyai video tutorial senaman yang boleh dilakukan menggunakan Move It. Alat senaman ini sedang mengumpul dana sebelum dijual pada 25 April dan boleh ditempah pada harga RMB 1299 (~Rm 836).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd