Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengumuman pihak AMD untuk memasarkan AMD Ryzen 5 bermula 11 April 2017 ini, kini pengeluar cip pemprosesan berkenaan turut telah berkongsi harga penawaran cip pemprosesan berkenaan untuk pasaran Malaysia.

AMD Ryzen 5

Melalui Lowyat.net, pihak AMD dilihat berkongsi pada AMD Technology Summit 2017 mengenai harga jualan cip pemprosesan terbaru berkenaan untuk pasaran tempatan. Harga jualan permulaan untuk Ryzen 5 adalah RM819 untuk Ryzen 5 1400.

Ryzen 5 1400 – RM819
Ryzen 5 1500X – RM899
Ryzen 5 1600 – RM1039
Ryzen 5 1600X – RM1199

Seperti pasaran lain, pihak AMD dijangka akan menawarkan cip pemprosesan berkenaan untuk pasaran Malaysia bermula 11 April 2017 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd