PC Building Simulator Membawakan Permainan Simulasi Membina Komputer Anda Tersendiri

PC Building Simulator Membawakan Permainan Simulasi Membina Komputer Anda Tersendiri

Diterbitkan pada Mac 16, 2017 oleh .

Terdapat pelbagai jenis permainan berbentuk simulasi, dan kini salah satu permainan berbentuk simulasi terbaru yang sedang dalam fasa pembangunan adalah PC Building Simulator. Melaluinya, seperti pada namanya, ia membolehkan anda membina komputer anda tersendiri dengan memilih pelbagai komponen berbeza.

Permainan ini masih pada peringkat awal pembangunan. Buat masa ini, hanya peringkat tutorial sahaja yang boleh dimainkan, tetapi kelak pembangunnya akan turut menyertakan pilihan “Career Mode” pada permainan berkenaan.

PC Building Simulator

PC Building Simulator

Melalui permainan ini, seperti biasa, anda boleh membeli pelbagai peralatan dan slot ia pada bahagian yang ditetapkan. Pengguna akan diberikan pelbagai notifikasi dalam mengenal setiap fungsinya – sekaligus menjadikan permainan ini sangat berguna untuk mereka yang ingin membina komputer tersendiri.

Bagi anda yang ingin menguji permainan ini sebelum pelancaran versi penuhnya, boleh memuat-turun ia hari ini dan mencubanya sendiri. Ia menyokong platform Windows dan Linux buat masa ini.

Muat-Turun PC Building Simulator


TIPS & ULASAN