Adakah JDT Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Tersendiri?

Adakah JDT Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Tersendiri?

Diterbitkan pada Mac 16, 2017 oleh .

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim sering mempunyai kaedah pemasaran tersendiri, selain pelbagai penawaran khusus untuk peminat mereka. Terkini, pasukan bola sepak berkenaan melalui laman Facebook mereka berkongsi sebuah video, memperlihatkan seumpama mereka akan hadir dengan sebuah telefon pintar khusus tersendiri.

JDT Telefon

Menurut perkongsian berkenaan, JDT mengatakan ia akan dikeluarkan tidak lama lagi, dan meminta peminat mereka meneka produk berkenaan.

Melalui video teaser ringkas berkenaan, ia kelihatan seumpama sebuah telefon pintar dengan rekaan seolah-olah Vertu. Ia menyertakan logo tersendiri, selain kelihatan akan menjalankan sistem operasi Android.

Seperti biasa, kini persoalan adalah adakah JDT akan memasarkan telefon pintar mereka tersendiri, atau mereka akan hadir dengan aksesori telefon pintar untuk peminat mereka?


TIPS & ULASAN