Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan, selain pada masa yang sama menjaga hati syarikat muzik, Spotify kini dikatakan dalam perancangan untuk menangguhkan pengenalan album baru untuk pengguna percuma – dan menjadikan kandungan dari album baru terhad untuk pengguna berbayar untuk suatu tempoh masa.

Ini bermakna, pengguna berbayar akan menerima akses kepada lagu baru seperti biasa. Sementara pengguna dengan akaun percuma bukan sahaja akan dipaparkan dengan iklan, tetapi perlu menunggu suatu tempoh masa sebelum dapat mendengar lagu-lagu baru berkenaan.

Spotify sebelum ini mengatakan mereka mempunyai sekitar 50 juta pelanggan berbayar – sekaligus menduduki tangga teratas, mendahului Apple Music, Google Play Music, dan pelbagai perkhidmatan lain.

Perubahan ini masih tidak diperkenalkan lagi, dan mungkin sekiranya ia bergerak ke fasa seterusnya, kita akan melihat pengumuman terus hadir daripada pihak Spotify secara rasminya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd