Qualcomm Akan Menggunakan Jenama Snapdragon Untuk Peranti Premium Sahaja

Qualcomm Akan Menggunakan Jenama Snapdragon Untuk Peranti Premium Sahaja

Diterbitkan pada Mac 17, 2017 oleh .

Qualcomm hari ini mengumumkan beberapa perubahan dari segi penjenamaan mereka, dimana yang utamanya adalah kini mereka tidak lagi ingin memanggil Snapdragon sebagai cip pemprosesan, tetapi ingin mengenalinya sebagai “platform”.

Qualcomm sendiri menguatkan hujah tersebut dengan mengatakan Snapdragon Mobile Platform mengintegrasikan bukan sahaja SoC, tetapi juga menyertakan modem, GPU, DSP dan sebagainya didalam satu untuk digunakan dalam peranti. Melengkapkannya, penggunaan fungsi seperti pengecasan pantas, sokongan audio, WiFi dan lain-lain – menjadikan ia lebih sesuai dipanggil platform daripada hanya dikenali dengan nama cip pemprosesan.

Pada masa yang sama, Qualcomm turut mengumumkan yang mana hanya platform premium sahaja yang akan mengekalkan nama Snapdragon, sebaliknya pemprosesan siri Snapdragon 200 sebelum ini akan dinamakan dibawah Qualcomm Mobile.

Seperti biasa, perubahan ini oleh pihak Qualcomm hanya lebih kepada penjenamaan mereka sahaja. Mungkin pengguna sendiri akan mengambil sedikit masa untuk mengadaptasi dengan perubahan penjenamaan baru ini.


TIPS & ULASAN