Cari @ Amanz

Sehingga kini, sekiranya anda menerima fail lekapan berbentuk video melalui GMail, anda akan terlebih dahulu perlu memuat-turunnya ke komputer anda sebelum dapat menyemaknya. Kini, Google membuat perubahan pada perkara tersebut, dan bermula hari ini pengguna boleh terus strim sesuatu video yang diterima melalui emel GMail, tanpa perlu muat-turunnya.

Perkara ini sekaligus akan menjimatkan masa anda dalam menyemak sesuatu video dan memberikan maklumbalas berkaitan dengannya.

Google mengatakan mereka menggunakan teknologi yang sama seperti YouTube dan Google Drive dalam menjayakan perkara ini.

Sokongan ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini, dan dijangka diperkenalkan kepada semua dalam masa sekitar 15 hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd