Cari @ Amanz

Walaupun nombor pengguna sistem operasi Microsoft terkini, Windows 10 semakin meningkat, nampaknya masih ramai juga yang masih menggunakan sistem operasi generasi lalu, termasuklah Windows 7 dan 8.1. Malah, ada peminat platform perkakasan komputer terkini seperti AMD Ryzen dan Intel Kaby Lake yang turut lebih terbuka untuk memasang sistem operasi lama berkenaan berbanding Windows 10.

Melalui laman sokongan Microsoft, syarikat tersebut mengesahkan bahawa Windows 10 merupakan satu-satunya sistem operasi daripada syarikat tersebut yang menyokong kemasan-kemasan baru yang memastikan perkakasan komputer terbaru, termasuklah CPU AMD Ryzen, Intel Kaby Lake. Pada masa yang sama, ia juga secara tidak langsung memastikan komputer pengguna selamat daripada pelbagai anasir-anasir godaman digital dan ancaman sekuriti. Penggunaan cip pemprosesan baru juga membolehkan lebih banyak ciri-ciri moden digunakan pada komputer tanpa masalah.

Ini bermakna, walaupun anda berjaya menggunakan versi Windows yang lama dengan sistem baru anda, anda tidak akan mendapat kemaskini sekuriti yang sepatutnya – selain mengehadkan sistem komputer anda daripada beberapa ciri-ciri terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd