Super Mario Run Boleh Dimuat-Turun Di Android Bermula Minggu Hadapan
Artikel Berkaitan

Super Mario Run Boleh Dimuat-Turun Di Android Bermula Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mac 18, 2017 oleh .

Nintendo sebelum ini telah mengatakan permainan terbaru mereka, Super Mario Run akan ke platform Android sekitar bulan Mac. Kini, mereka mengesahkan dan mengatakan Super Mario Run bakal ditawarkan kepada pengguna peranti Android bermula 23 Mac 2017 ini.

Disamping itu, pada tarikh yang sama, Super Mario Run untuk iOS akan turut dikemaskini kepada versi 2.0 dengan beberapa ciri-ciri baru.

Super Mario Run merupakan permainan dengan watak Mario yang popular, tetapi dioptimasikan untuk peranti mudah-alih dan skrin sentuh. Ia ditawarkan secara percuma dengan tahap permainan yang terhad – memerlukan pengguna untuk membuat pembelian dalam-aplikasi untuk menikmatinya secara sepenuhnya.

Pengguna Android boleh membuat pendaftaran minat, dan menerima notifikasi muat-turun apabila ia tersedia kelak pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN