Cari @ Amanz

LG telah memperkenalkan LG G6 di MWC 2016 yang diadakan pada penghujung Februari lepas. Kini, selang beberapa minggu, set tidak rasmi untuk LG G6 telah mula diimport penjual tempatan, dan mula menawarkan ia untuk mereka yang inginkan telefon pintar berkenaan.

LG G6

Ditawarkan melalui DirectD, LG G6 boleh didapati melalui mereka pada harga RM3899. Untuk makluman, ia bukan set rasmi untuk pasaran tempatan, sebaliknya diimport daripada luar negara, dan dijual di sini. Pihak LG sendiri sering mengambil tempoh masa yang sangat lama untuk membawa masuk produk mereka terutamanya peranti mudah-alih ke pasaran Malaysia – maka ini membuka peluang kepada penjual tempatan menawarkannya pada harga yang sangat tinggi.

LG G6

LG G6

LG G6

LG G6 menggunakan skrin 5.7-inci pada paparan Quad HD, dilengkapi cip Snapdragon 821, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia hadir dengan kamera 13-megapixel di belakang, dan kamera 5-megapixel di hadapan. LG menyertakan rekaan bingkai tepi yang nipis melalui telefon pintar ini, menjadikannya kelihatan lebih cantik berbanding dengan LG G5 sebelum ini.

Jadi, bagi anda yang inginkan set LG G6 ini jauh lebih awal daripada para pengguna lain – dan sebelum LG sendiri menawarkannya secara rasmi di Malaysia, maka mungkin anda boleh mendapatkannya pada harga mencapai RM3899.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd