Carian
Uber Dan Volvo Menguji Perkhidmatan Makan Dalam Kenderaan Di Jepun
March 19, 2017 Aman

Uber sedia mempunyai perkhidmatan UberEats yang membolehkan pengguna membuat tempahan makanan, dan ia dihantar ke lokasi yang ditetapkan seperti pejabat atau rumah – lebih kurang seperti FoodPanda. Terkini, di Jepun, UberEats dan Volvo bekerjasama dan menguji perkhidmatan yang membolehkan anda makan dalam kenderaan mewah.

https://www.youtube.com/watch?v=m_4AmkUfh4M

Ia beroperasi sebagai sebuah restoran mewah bergerak, dimana pengguna akan dihidangkan dengan beberapa menu pilihan sepanjang perjalanan mereka. Makanan juga dihantar daripada pelbagai restoran berbeza mengikut tempahan pengguna.

Bagi anda sendiri, adakah anda selesa untuk makan dalam kenderaan? Adakah anda akan menguji perkhidmatan seumpamanya sekiranya ia ditawarkan di Malaysia?

Komen