WhatsApp sering menguji pelbagai ciri-ciri baru pada versi pembangunan mereka. Terkini, WhatsApp dilihat sedang menguji kebolehan untuk pin sesuatu perbualan pada tab Chat di WhatsApp.
Melaluinya, ia membolehkan pengguna sentiasa memaparkan perbualan berkenaan pada bahagian yang teratas sekali, dan diikuti dengan perbualan lain mengikut notifikasi pada bahagian bawahnya.
Ia sesuai sekiranya anda ingin meletakkan komunikasi penting dan utama pada bahagian atas – terutamanya daripada keluarga dan rakan terdekat.
Buat masa ini, WhatsApp masih menguji ia pada peringkat beta, dan tidak diketahui lagi sama ada fungsi ini akan hadir untuk semua pengguna atau sebaliknya.