Facebook Menguji Paparan Balasan Komen Dalam Bentuk Pop-Up Seumpama Messenger

Facebook Menguji Paparan Balasan Komen Dalam Bentuk Pop-Up Seumpama Messenger

Diterbitkan pada Mac 19, 2017 oleh .

Salah satu perkara yang sering diketengahkan oleh Facebook dalam setiap perubahan adalah membuat pengguna lebih kerap dan terikat dengan platform tersebut. Terkini, Facebook dilihat sedang menguji ciri baru pada versi web mereka, dimana setiap balasan komen dipaparkan dalam bentuk pop-up tetingkap kecil seumpama tetingkap chat.

Facebook Chat Popup

Melaluinya, Facebook membolehkan anda berinteraksi dengan rakan-rakan lebih pantas, dan pada masa yang sama tidak ingin anda terlepas sebarang balasan komen daripada rakan-rakan – apatah lagi dengan pelbagai notifikasi yang dipaparkan pada laman sosial berkenaan.

Buat masa ini, segelintir pengguna telah dapat melihatnya, dan tidak diketahui lagi sama ada Facebook akan membuat perubahan ini kekal atau sekadar ujian sahaja.

Bagi anda sendiri, adakah anda menyukai paparan balasan komen seumpama ini?


TIPS & ULASAN