Penghasilan Sony PlayStation 3 Akan Dihentikan Di Jepun

Penghasilan Sony PlayStation 3 Akan Dihentikan Di Jepun

Diterbitkan pada Mac 19, 2017 oleh .

Kita kini sedang di dalam generasi ke-tujuh konsol permainan komputer. PlayStation 4 memenangi perang konsol untuk generasi ini dengan jualan yang jauh lebih tinggi berbanding Xbox One dan Nintendo Switch sejak mula dijual pada tahun 2014. Sudah tiga tahun berlalu dan permintaan untuk konsol generasi ke-enam sudah berkurangan. Oleh sebab itu laman Sony mula memaparkan mesej bahawa penghasilan PlayStation 3 akan ditamatkan dalam masa terdekat.

PlayStation 3 sudah terjual sebanyak 83 Juta unit sejak diperkenalkan pada tahun 2016. Ia adalah konsol paling kurang berjaya di dalam keluarga PlayStation kerana terjual lebih rendah berbanding pesaingnya Nintendo Wii dan Xbox 360. Tidak diketahui sama ada penghentian produksi PlayStation 3 ini hanya dilakukan di Jepun ataupun akan berkuatkuasa secara global.

Baca – Retrospektif 10 Permainan Terbaik Konsol Sony PlayStation 3


TIPS & ULASAN