Cari @ Amanz

Penjualan jam tangan pintar menyebabkan jualan jam tangan mewah analog berkurangan dua tahun yang lalu. Jam tangan pintar dengan kemampuan kustomasi membolehkan ia menggunakan muka-muka jam mewah digunakan dengan mudah sehingga menjadi kes mahkamah. Montblanc tidak mahu kehilangan pelanggan dan melancarkan jam tangan pintar mewah mereka Montblanc Summit.

Seperti jam tangan TAG Heuer yang turut dilancarkan minggu lalu. Summit menggunakan sistem operasi Android Wear 2.0. Ia dilengkapi skrin 1.39″ AMOLED, RAM sebesar 512 MB, storan 4 Gigabyte, bateri 300 mAh dan kalis air IP68. Tiada maklumat mengenai pemproses yang digunakan. Tubuh jam diperbuat daripada titanium dan kaca nilam digunakan pada muka jam. Summit tidak dilengkapi sistem GPS, pengimbas nadi dan NFC. Harga jualan Montblanc Summit ialah di antara $890- $1020 (~RM3949- RM4526) seutas

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd