Sistem Pencadang Destinasi Berdasarkan Aktiviti Digital Pengguna Menjuarai AirAsia Hackathon

Sistem Pencadang Destinasi Berdasarkan Aktiviti Digital Pengguna Menjuarai AirAsia Hackathon

Diterbitkan pada Mac 19, 2017 oleh .

Pada dua hari hujung minggu ini AirAsia telahpun mengadakan hackathon mereka iaitu Airvolution dengan tema untuk menambah baik pengalaman pengguna mereka berdasarkan aktiviti pengguna di laman sosial.

Sebanyak 20 pasukan dari 10 negara telahpun mempersembahkan projek mereka. Secara amnya mereka telah membangunkan aplikasi, laman analisis, sistem ganjaran, dan juga sokongan bot. Antara projek menarik termasuklah idea untuk menjodohkan pemilik bisnes supaya dapat duduk bersebelahan pelabur, penjodohan penumpang dengan minat yang sama dan juga sokongan Amazon Alexa untuk tiket penerbangan.

Pasukan yang memenangi hackathon ini adalah Aviato dari Singapura. Mereka telah hadir dengan solusi analisis terhadap aktiviti digital pengguna, dimana sistem tersebut akan mencadangkan tiket yang bersesuaian berdasarkan aktiviti pengguna di laman sosial.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang pengguna tersebut selalu mengemaskini laman sosial mereka dengan kata kunci ‘sports,mountain, extreme sports’, sistem ini akan mencadangkan lokasi Kota Kinabalu dan akan menyenaraikan harga dan waktu terbaik untuk terbang ke sana.

Pihak AirAsia turut menyatakan yang mereka akan mempunyai pelbagai perancangan untuk mengadakan lebih banyak aktiviti sebegini pada masa akan datang.

TIPS & ULASAN