Lagi Gambar Galaxy S8 an Galaxy S8 Plus Tertiris

Lagi Gambar Galaxy S8 an Galaxy S8 Plus Tertiris

Diterbitkan pada Mac 19, 2017 oleh .

Samsung telah sedia menjadualkan acara Samsung Unpacked mereka pada minggu hadapan, dimana mereka bakal memperkenalkan telefon pintar Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus secara rasminya ketika itu.

Seperti biasa, menjelang pengumuman telefon pintar yang dinantikan ramai berkenaan, pelbagai ketirisan telah hadir ke arena web. Kita sedia maklum mengenai rekaan yang akan dibawakan oleh Samsung melalui Galaxy S8 sebelum ini, dan terkini @evleaks berkongsi beberapa gambar baru untuk dua telefon pintar berkenaan.

Samsung Galaxy S8

Seperti biasa, ia memperlihatkan rekaan dengan bingkai yang sangat nipis. Samsung menjayakannya dengan penggunaan skrin melengkung tepi. Ia juga secara tidak langsung membawakan rekaan yang lebih baik dan sedikit berbeza dengan sebelum ini.

Samsung juga dilihat tidak lagi menyertakan butang Home pada telefon pintar baru ini, dan dijangka menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Daripada rekaan yang hadir ini, apakah pendapat anda mengenai Samsung Galaxy S8 dan Gaalxy S8 Plus ini? Adakah ia akan menjadi antara telefon pintar terbaik 2017?

TIPS & ULASAN