Aplikasi Twitch Untuk Desktop Memudahkan Anda Mengikuti Komuniti Dan Permainan Kegemaran

Aplikasi Twitch Untuk Desktop Memudahkan Anda Mengikuti Komuniti Dan Permainan Kegemaran

Diterbitkan pada Mac 20, 2017 oleh .

Twitch merupakan salah satu platform sosial yang tidak asing lagi bagi kebanyakkan peminat permainan video. Terkini, Twitch yang dimiliki oleh Amazon telah pun mula menawarkan aplikasi desktop mereka untuk para pengguna Windows.

Menggunakan aplikasi Twitch untuk desktop, ia memudahkan para pengguna untuk mengikuti komuniti, rakan-rakan dan permainan dengan lebih mudah berbanding melalui web.

Twitch Desktop Beta

Berbanding hanya penstriman video, melalui aplikasi ini, Twitch dilihat lebih memfokuskan kepada sokongan komuniti dan interaksi antara satu sama lain. Pengguna boleh berinteraksi dengan rakan lain dalam sesuatu komuniti sama melalui teks, panggilan audio atau panggilan video. Pengguna juga bebas untuk membuka komuniti mereka tersendiri melalui Twitch Desktop ini.

Bagi anda yang menghabiskan masa lama pada permainan video, mungkin boleh menyemak aplikasi Twitch untuk desktop ini, dan menggunakannya dalam berinteraksi dan mengikut perkembangan semasa daripada rakan-rakan lain yang mempunyai minat serupa.

Muat-Turun Twitch untuk desktop

TIPS & ULASAN

<script>