Cari @ Amanz

Facebook sedia mempunyai bahagian khusus dinamakan “Building 8” yang mana membangunkan dan membuat kajian mengenai beberapa perkara baru. Terkini, menurut laporan Business Insider, bahagian Building 8 ini dilaporkan sedang membangunkan sebanyak 4 projek baru.

Melalui laporan berkenaan, bahagian Building 8 ini sedang membangunkan beberapa projek, termasuk berkaitan dengan kamera, peranti AR, termasuk pembangunan dron. Selain daripada itu, salah satu projek futuristik yang turut sedang dibangunkan adalah teknologi pengimbasan minda melalui peralatan khusus – yang mana mungkin ditujukan lebih kepada perubatan.

Ia dikatakan “Building 8” ini adalah lebih kurang seperti Google ATAP yang memperlihatkan pelbagai projek menarik daripada Google. Facebook juga sedia dalam proses melantik beberapa pengurus untuk bahagian pemasaran produk perkakasan mereka.

Mungkin dengan kukuhnya kedudukan pihak Facebook dalam arena web, mereka ingin memperluaskan dan memasuki pasaran perkakasan yang lebih kompetitif.

Selain Facebook, pihak Snapchat sebelum ini telah sedia hadir dengan kaca mata pintar mereka – sementara Google yang sedia mengumumkan bahagian perkakasan khusus, serta hadir dengan peranti seperti telefon pintar, Google Home dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd