Cari @ Amanz

Tandas di China pada hemat kami adalah setaraf dengan tandas di Malaysia yang terkenal dengan “kebersihannya”. Kami masih trauma dengan lawatan ke Kota Terlarang Beijing dua tahun yang lalu kerana terpaksa melepaskan tinja pejal di dalam tandas awam yang amat kotor. Kerana tiada sumber air kami terpaksa beristinjak dengan tisu tandas yang banyak.

Di Taman Temple of Heaven bersebelahan dengan Kota Larangan, pihak pengurusan mengalami masalah pembaziran tisu tandas oleh pelancong. Bagi mengurangkan pembaziran, sistem imbasan wajah diletakkan pada mesin tisu tandas. Apabila muka diimbas sejumlah tisu akan dikeluarkan. Pengguna yang sama perlu menanti selama sembilan minit sebelum boleh mendapatkan tisu tambahan.

Ini ialah sistem yang kami faham kewujudannya tetapi sekiranya di dalam situasi kecemasan seperti cirit birit, sistem ini hanya kan menganiayai pengguna. Pada waktu yang sama menarik sekali melihat teknologi yang digunakan pada peranti pintar utama digunakan pada mesin yang diletakkan di dalam tandas awam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd