Lockheed Berjaya Menguji Sistem Laser 60 kW Untuk Kegunaan Tentera Amerika Syarikat

Lockheed Berjaya Menguji Sistem Laser 60 kW Untuk Kegunaan Tentera Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Mac 20, 2017 oleh .

Semasa membesar kami meminati siri animasi GI Joe, MASK, StarCOM dan Spiral Zone. Di dalam kesemua animasi ini, senjata laser digunakan bagi mengalahkan musuh. Tiga dekad telah berlalu dan raifal laser masih lagi belum digunakan di medan perang. Sungguhpun begitu pembangunan senjata laser masih diteruskan oleh Lockheed Martin dan kini memasuki dekad ke empat.

Hujung minggu lalu mereka mengumumkan penghasilan senjata laser baru untuk kegunaan Tentera Amerika Syarikat. Kuasa laser meningkat ke 60 kW berbanding HEL-MD yang hanya dilengkapi laser 30 kW sebelum ini. Dalam laporan asal kami mengenai HEL-MD pada tahun 2015, ia adalah sistem senjata yang mengingatkan kami kepada Prism Tank dari Red Alert 2.

Sistem laser Lockheed Martin ini dibangunkan sebagai senjata penangkis serangan misil, roket, mortar dan sistem memusnahkan senjata ringan milik musuh. Prototaip laser 60 kW ini diserahkan ke US Army Space and Missile Defense Command untuk melihat kebolehgunaannya di medan perang. Kuasa laser yang berjaya dijana ini masih lagi jauh di bawah keperluan mereka untuk program High Energy Liquid Laser Area Defense System (HELLADS). Projek ini mensasarkan laser dengan kuasa 150 kW digunakan pada pesawat pejuang sebagai ganti mesingan yang digunakan sekarang


TIPS & ULASAN