Perdana Menteri Bakal Melancarkan “Digital Free-Trade Zone” Pada Hari Rabu Ini

Perdana Menteri Bakal Melancarkan “Digital Free-Trade Zone” Pada Hari Rabu Ini

Diterbitkan pada Mac 20, 2017 oleh .

Pada Belanjawan 2017 yang lepas, telah diumumkan mengenai usaha mengalakkan ekonomi digital pada tahun 2017 ini. Selari dengannya pihak kerajaan turut telah mengumumkan inisiatif yang dinamakan sebagai “Digital Free-Trade Zone”.

Maklumat penuh mengenainya masih samar-samar buat masa ini, dan kini diketahui yang mana kerajaan akan melancarkannya secara rasmi pada hari Rabu ini.

Salah satu perkara yang ingin dicapai melaluinya kelak adalah mengalakkan lebih ramai menyertai arena e-dagang di Malaysia – sekaligus mempertingkatkan pendapatan ekonomi digital tempatan.

Sebelum ini, ia sedia diketahui yang mana Jack Ma akan dilantik sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia, selain mana beliau dijangka mengumumkan hab serantau untuk kumpulan AliBaba di Malaysia.

TIPS & ULASAN

<script>