Lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S8 dan S8+ dilancarkan secara rasmi. Tiada lagi misteri mengenai rekaan dan spesifikasi peranti utama ini. Kita telah lama mengetahui bahawa ia akan diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 835 dan Exynos 8895. Markah penanda aras menggunakan aplikasi Antutu dan Geekbench peranti ini telahpun tertiris.
Pada ujian Antutu ia berjaya mencatatkan 205284 markah. Ini ialah jauh meninggalkan iPhone 7 dengan 181,807 markah dan OnePlus 3T dengan 162423 markah. Tidak diketahui pemproses apakah yang digunakan untuk ujian Antutu ini.
Pada ujian Geekbench pula, Galaxy S8 dengan Exynos 8895 mencatatkan 1978 markah untuk ujian satu teras dan 6375 markah untuk ujian pelbagai teras. Galaxy S8 dengan Snapdragon 835 pula mencatatkan 1929 markah untuk ujian satu teras dan 6084 untuk ujian pelbagai teras. Perbandingan markah kedua-dua peranti dengan beberapa lagi peranti popular adalah seperti di bawah.