Cari @ Amanz

AMD memperkenalkan siri kad grafik terbaru mereka, Radeon RX Vega di acara Game Developer Conference (GDC) awal bulan ini, dan pada waktu itu, tidak banyak yang diketahui tentang kad tersebut kecuali nama barunya.

Di acara pengumuman AMD Ryzen 5 di Beijing beberapa hari yang lalu, nampaknya syarikat tersebut telah menunjukkan video mengenai kad grafik terbaru ini kepada beberapa ahli media yang terpilih.

Daripada gambar yang hadir ini, kita kini dapat ketahui sedikit sebanyak rupa dan rekabentuk kad grafik Radeon Vega ini. Boleh juga dilihat bahawa ia akan mempunyai corak warna putih dan merah, dan kemungkinan besar ia membawakan saiz sebuah kad grafik bersaiz biasa – tidak seperti AMD Radeon Fury yang mempunyai kerangka yang bersaiz padat.

Buat masa ini, spesifikasi dalaman tentang kad grafik Radeon RX Vega ini masih lagi tidak diketahui, tetapi kami pasti AMD akan mengumumkan butiran tentang kad tersebut tidak lama lagi, mungkin di COMPUTEX Taipei kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd