Cari @ Amanz

Perkembangan teknologi turut membawa kepada pembangunan bandar pintar dan lain-lain. Hari ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengumumkan pelancaran projek pembangunan bandar pintar, Selangor Cyber Valley berhampiran dengan Cyberjaya.

Selangor Cyber Valley ini akan dilengkapi dengan sokongan saluran rangkaian kabel gentian optik berkelajuan tinggi, selain peranti pengesanan alam sekitar untuk mengetahui kualiti udara. SCV ini juga akan dilengkapi pusat komersial, institusi pendidikan dan sebagainya pada kawasan berkeluasan 526 hektar.

Ia dikatakan SCV ini akan menjadi perintis kepada projek bandar pintar lain dengan pelbagai peranti berhubung (IoT).

Untuk fasa pertama, SCV bakal dilengkapi dengan kamera litar tertutup, lampu jalan LED, dan juga lampu trafik pintar.

Projek bandar pintar ini telah selesai sekitar 20% sehingga kini, dan dijangka lengkap sepenuhnya menjelang 2027 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd