Cari @ Amanz

Sony hari ini telah hadir dengan sebuah lagi peranti berspesifikasi pertengahan, dinamakan sebagai Xperia L1.

Telefon pintar ini membawakan rekaan ikonik Sony, dilengkapi skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan HD, serta dilengkapi cip pemprosesan MediaTek MT6737T. Menguasakannya juga adalah memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

Sony Xperia L1

Untuk rakaman gambar, Sony menyertakan kamera 13-megapixel dibahagian belakang, dan kamera 5-megapixel dihadapan.

Xperia L1 ini menjalankan sistem operasi Android Nougat dengan antaramuka Sony khusus diatasnya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah perancangan pihak Sony dalam memasarkan peranti ini di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd