Pada acara CES 2017 yang diadakan awal tahun ini, Asus telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Zenfone 3 Zoom secara rasminya. Kini, selang beberapa bulan, Asus Malaysia telah mula menawarkan telefon pintar berkenaan untuk pasaran tempatan.

Asus Zenfone 3 Zoom

Asus Zenfone 3 Zoom merupakan antara peranti terawal daripada Asus yang hadir dengan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang. Asus mengatakan ia menawarkan sokongan zoom sehingga 2.3x zoom optikal atau sehingga 12x zoom digital. Asus menggunakan dwi-kamera 12-megapixel pada bahagian belakang untuk menjayakan perkara ini.

Asus Zenfone 3 Zoom

Selain daripada itu, Asus turut menyertakan sokongan sensor RGB dalam merakamkan gambar dengan baik, selain kebolehan autofokus dengan pantas.

Pada bahagian hadapan pula, Asus menyertakan kamera 13-megapixel untuk selfie.

Spesifikasi lain yang ditawarkan oleh telefon pintar ini adalah termasuk skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Asus Zenfone 3 Zoom ini turut hadir dengan sokongan bateri 5000mAh untuk masa penggunaan yang lama.

Di Malaysia, ia telah mula ditawarkan pada harga RM2099, dan hadir dengan jaminan setahun Asus Malaysia.

TIPS & ULASAN