Penumpang Dilarang Membawa Peralatan Elektronik Di dalam Penerbangan Ke Amerika Syarikat Kerana Ancaman Keganasan

Penumpang Dilarang Membawa Peralatan Elektronik Di dalam Penerbangan Ke Amerika Syarikat Kerana Ancaman Keganasan

Diterbitkan pada Mac 21, 2017 oleh .

Ancaman keganasan mula dipandang berat selepas insiden 11 September 2001. Sejak dari hari hitam ini kawalan keselamatan di lapangan terbang meningkat dengan mendadak. Kami sendiri secara peribadi telah “diraba” pegawai keselamatan di lapangan terbang Amerika Syarikat atas tujuan keselamatan

Terkini penumpang dari 13 lapangan terbang antarabangsa dinasihatkan supaya tidak membawa sebarang peralatan elektronik di dalam penerbangan ke Amerika Syarikat. Hanya sebuah telefon pintar atau peralatan perubatan dengan pengesahan doktor dibenarkan dibawa masuk. Negara yang terjejas dengan arahan ini ialah Mesir, Jordan, Kuwait, Maghribi, Qatar, Arab Saudi, Turki dan Emiriah Arab Bersatu.

Pengharaman ini dilakukan kerana pihak risikan Amerika Syarikat mendapat maklumat pengganas bercadang menyeludup letupan ke dalam pesawat menggunakan peralatan elektronik seperti komputer riba. Tidak diketahui selama manakah pengharaman ini akan berkuatkuasa. Setakat ini hanya syarikat penerbangan Royal Jordanian Air secara rasmi mengumumkan kewujudan larangan ini.

TIPS & ULASAN